Maklumat untuk pembeli
Polisi & maklumat perniagaan
Maklumat perniagaan
| Nama perniagaan | IRSYAD BIN MOHD JAILANEE |
| No. pendaftaran SSM | 202503252331 (JM1032086-D) |
| Jenis perniagaan | Pemilikan tunggal · produk digital |
| Lokasi | Bandar Baru Bangi, Selangor |
| Jenama | MISI MATH A+ |
| Hubungi | WhatsApp 013-392 7269 irsyadjailanee27@gmail.com |
Produk & penghantaran
- Semua produk ialah fail digital (PDF). Tiada barang fizikal dihantar.
- Bayaran melalui FPX (perbankan dalam talian) diproses oleh toyyibPay.
- Selepas bayaran berjaya, toyyibPay hantar e-mel secara automatik ke alamat yang anda isi semasa bayar, dengan pautan muat turun (Google Drive), biasanya dalam beberapa minit.
- Tak terima e-mel dalam 24 jam? Semak folder Spam / Promosi, kemudian e-mel kami dengan nombor rujukan bayaran. Kami hantar semula pautan.
- Bayaran melalui DuitNow QR atau FPX (perbankan dalam talian) diproses oleh Bayarcash.
- Selepas bayaran disahkan, pautan muat turun (Google Drive) dipaparkan di halaman terima kasih. Simpan pautan itu.
- Tak dapat pautan, atau tertutup halaman sebelum sempat simpan? Masukkan nombor rujukan pesanan di halaman dapatkan semula pautan, atau WhatsApp / e-mel kami dengan nombor rujukan pesanan (bermula dengan MM…). Kami hantar semula pautan.
Jaminan 7 hari & bayaran balik
- Kalau anda tak puas hati dengan produk, e-mel kami dalam masa 7 hari dari tarikh pembelian dan kami pulangkan wang penuh.
- Sertakan nama, e-mel yang digunakan semasa bayar dan nombor rujukan bayaran (bermula dengan TP…).
- Sertakan nama, e-mel yang digunakan semasa bayar dan nombor rujukan pesanan (bermula dengan MM…, atau TP… untuk pesanan lama).
- Bayaran balik dibuat ke akaun bank anda dalam masa 7 hari bekerja selepas permohonan diterima.
- Selepas bayaran balik, lesen penggunaan fail tamat dan fail perlu dipadam.
Lesen penggunaan
- Setiap pembelian ialah lesen untuk kegunaan satu keluarga.
- Fail tidak boleh dikongsi, dijual semula, atau diedarkan dalam kumpulan, sekolah atau pusat tuisyen tanpa kebenaran bertulis.
Penafian
- MISI MATH A+ bukan terbitan KPM atau Lembaga Peperiksaan Malaysia.
- Semua soalan ditulis baharu. "Radar" dan "Set Ramalan" merujuk kepada analisis kekerapan topik dalam kertas percubaan 2026, bukan soalan sebenar SPM. Tiada jaminan keputusan peperiksaan.
Privasi
- Nama, e-mel dan nombor telefon yang anda isi dalam borang pesanan atau semasa bayar digunakan untuk memproses pesanan, menghantar produk dan memberi bantuan tentang pesanan itu.
- Jika anda isi borang pesanan tetapi bayaran tidak selesai, kami mungkin hubungi anda sekali melalui WhatsApp atau e-mel tentang pesanan itu. Balas "berhenti" dan kami tidak akan hubungi lagi.
- Maklumat borang yang tidak dibayar dipadam selepas 90 hari. Kami tidak menjual atau berkongsi maklumat anda dengan pihak lain, kecuali pemproses bayaran yang memproses pesanan anda dan Meta (dalam bentuk dicincang/hash, untuk mengukur iklan).
- Untuk semak, betulkan atau padam maklumat anda, e-mel irsyadjailanee27@gmail.com.
- Laman ini menggunakan Meta Pixel untuk mengukur keberkesanan iklan.